Lima puluh daripada 61 tahanan Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Relau, 20 April lalu, sudah lama berada di Malaysia dan mahir dengan selok-belok jalan dan kawasan sekitar depot berkenaan.<br /><br />Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, ia satu cabaran untuk pihak polis mengesan mereka yang terdiri daripada 51 lelaki, enam wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.
